PUTRAJAYA: Dengan hanya sekali lafaz, aktor Shukri Yahaya, 27, sah bergelar suami kepada model Tya Adnan, 23, tepat pukul 3.36 petang di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini hari ini.
Pelakon Asam Pedas Untuk Dia itu menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300, sebentuk cincin emas berserta tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pengantin perempuan.
Majlis pernikahan tersebut disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan dan Penceraian Putrajaya, Muhd. Redza Ahmad dan berwalikan bapa Tya, Ahmad Adnan Ishak.
Antara barang hantaran yang diberikan kepada Tya ialah senaskhah al-Quran, telekung, set minyak wangi, tas tangan, set alat solek, kek dan sirih junjung. - UTUSAN ONLINE
Tya Sah Milik Shukri
Reviewed by Unknown
on
November 20, 2015
Rating:
No comments: