Seo Services

Video: Lucu! Penguin Terkantoi Cuba Melarikan Diri Dari Zoo


AKSI sekawan penguin yang cuba melarikan diri dari sebuah zoo di Denmark namun terkantoi apabila berjaya dirakam seorang penjaga zoo mencuit hati ramai netizen.

Menerusi video, penjaga zoo berkenaan pada mulanya dilihat merakam kesan tapak kaki aneh pada salji nipis di atas lantai.

Tiba di satu selekoh, dia akhirnya berjaya mengkantoikan burung-burung comel itu yang terkedek-kedek berlari dalam usaha melarikan diri.

Apa yang lebih mencuit hati, para penguin tersebut berlari dengan lebih pantas apabila mengetahui mereka sudah dikesan.

Haha! Malang bagi burung-burung itu apabila mereka akhirnya menemui jalan mati.

Kedengaran juga bunyi daripada salah seekor mereka yang mungkin kecewa dengan cubaan melarikan diri ini.

Rakaman itu kemudian dimuat naik oleh penjaga zoo tersebut dengan kapsyen “Mungkin penguin kami menonton terlalu banyak Penguins of Madagascar“.-MYNEWSHUB.CC


Video: Lucu! Penguin Terkantoi Cuba Melarikan Diri Dari Zoo Video: Lucu! Penguin Terkantoi Cuba Melarikan Diri Dari Zoo Reviewed by uMieySurianie on November 16, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.