Seo Services

Zul Ariffin Akui Sudah Putus Cinta Dengan Gayatri


Ramai yang sudah mengesyaki bahawa hubungan Zul Ariffin bersama Gayatri mungkin sudah berakhir setelah beberapa gambar pelakon lelaki tersebut bersama Zahirah MacWilson tersebar dilaman sosial.

Akhirnya Zul Ariffin tampil menjelaskan status sebenar hubungannya bersama penerbit filem, Gayatri Su-Lin Pillai. Zul memberitahu bahawa, hubungan mereka telah lama berakhir.

“Kami sudah lama tak ada apa-apa hubungan dan masing-masing pun dah move-on” . Dan Zul juga memberitahu bahawa hubungannya dengan Zahiran MacWilson baru sahaja berputik dan mereka masih lagi dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

“Kami masih baru. baru nak rapat dengan satu sama lain. Tapi tiada apa yang boleh dikongsi lebih-lebih buat masa ini. Saya tak marah tentang orang ambil gambar kami ketika itu. Itu perkara biasa. Sedangkan kalau saya ambil gambar dengan mak saya pun pernah jadi isu”

Peminat Zul sudah mula mendoakan kebahagian mereka dan berharap bahawa hubungan kali ini akan kekal sehingga ke jinjang pelamin. -MYNEWSHUB.CC

Zul Ariffin Akui Sudah Putus Cinta Dengan Gayatri Zul Ariffin Akui Sudah Putus Cinta Dengan Gayatri Reviewed by Unknown on November 09, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.