Seo Services

Asal Usul Nama SRK MATU BARU

Tersegam Indah: Bangunan SRK Matu Baru yang terkini.

Pada awal tahun 1963, penduduk Kampung Bintawa kadang-kadang juga memanggil kampung mereka juga sebagai Kampung Matu. Pada masa tersebut mereka memerlukan sebuah lagi sekolah baharu perlu dibina selain dari SRK Kampung Pulo yang terletak di Kampung Semarang, Kuching.

Pengerusi Ahli jawatan kuasa pada tahun tertsebut ialah Bojeng bin Jair dan Setiausaha Hassan Haji Kassim telah menghantar permohonan untuk mendirikan sebuah sekolah baru walaubagaimana pun permohonan di tolak oleh Jabatan Pendidikan.

Orang penting yang terlibat dalam memberi nama sekolah tersebut ialah Allahyarham Tuan Haji Kassim Abdul Rahman yang mencadangkan agar nama sekolah dinamakan SRK Matu Baru dan telah dipersetujui oleh semua ahli jawatankuasa.

Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak pada masa itu tidak bersetuju sebuah sekolah baharu didirikan dengan alas an Kampung Bintawa dan Kampung Matu berdekatan dengan Kampung Pulo Hilir. Tetapi ahlijawatan kuasa mengubah nama kepada Sekolah Rendah Majlis Daerah Kampung Matu dan akhirnya dipersetujui oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

Perkataan Matu diambil dari nama sebuah kampung di bahagian Ketiga Sarawak kerana kebanyakan orang Kampung Bintawa Tengah dan Kampung Bintawa Hilir adalah berasal dari Kampung Matu dari bahagian ke tiga Sarawak.

Manakala perkataan ‘Baru’ diambil dari perkataan Kampung Baru iaitu di Kampung Bintawa Hilir. Pada sekitar tahun 1960 an dan 1970 an, kebanyakan penduduk dari luar bandar dari Kampung Iboi, Kampung Rebak, Kampung Nonok, Kampung Gobeilt, Kampung Sejingkat dan tempat-tempat lain datang menetap dan berhijrah ke Kampung Bintawa Tengah.

Perihal Tapak Tanah SRK Matu Baru

Tapak tanah asal SRK Matu Baru dihadiahkan oleh Alllahyarham Tuan Haji Buang Jair kebetulan pada masa itu beliau merupakan seorang kaunselor kawasan seberang hilir.
Sekolah yang penuh dengan sejarah.

Kawasan sekolah yang ada sekarang ini luasnya lebih kurang tiga ekar telah diukur oleh Jabatan Tanah dan Ukur pada tahun 1968.
Pejabat Pendidikan Bahagian Kuching menetapkan syarat untuk proses hak milik melalui pendapat mandate dari orang-orang kampong, jawatankuasa sekolah menetapkan dua syarat penting kepada ibu bapa dan penduduk kampong iaitu:

1. Orang lelaki berkemampuan dan mempunyai pekerjaan dikehendaki menderma sebanyak RM5.00 (Lima Ringgit Malaysia) dan boleh dijelaskan dalam tempoh dua bulan.

2. Kaum ibu dan wanita yang berkemampuan dikehendaki menderma lima keping atap nipah seorang dan mereka pergi ke hutan bagi mengambil bahan binaan dan sebagainya untuk bangunan sekolah
.
Berkat kerjasama semangat gotong royong dan bahan-bahan tersebut telah berjaya dikumpulkan. 

Sekolah tersebut akhirnya berjaya didirikan dengan sebuah bangunan hasil kerjasama orang kampong, ahli jawatan kuasa bersama Datuk Bandar Abang Haji Mustapa serta Allahyarham Awang Ghazali Awang Hamzah dan Reni Deris pada masa itu.

Kedudukan SRK Matu baru ini ialah disebelah kiri sungai Sarawak di Kampung Bintawa Tengah bertentangan dengan Dermaga Perlabuhan Tanah Putih Kuching.

Kini sekolah tersebut mempunyai seramai 670 murid dan 58 orang guru termasuk staf sokongan. Sekolah ini siap sepenuhnya pada tahun 2012 dengan menelan kos sebanyak RM19 juta ringgit dibawah kawasan Dewan Undangan Negeri N4, Pantai Damai. - Sarawakiana
Asal Usul Nama SRK MATU BARU Asal Usul Nama SRK MATU BARU Reviewed by Unknown on December 01, 2015 Rating: 5

1 comment:

  1. Sekolah tpt kmk blajar dolok 1989-1994. Terima kasih cikgu2 yg mengajar kmk sampey lah kmk berjaya.. Kinek tok semua adik beradik belajar disia.. Dah abis pon. Tempat jatuh lg dikenang.. Allah huakbar... Terima kasih Allahyarham Tn Hj Kassim Abdul Rahman.. No 521 Kampong Bintawa Hilir...

    ReplyDelete

ads 728x90 B
Powered by Blogger.