RANAU - Kerajaan negeri mengumumkan kenaikan gaji malim gunung daripada RM180 kepada RM230 untuk setiap pendakian berkuat kuasa hari ini.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, setiap malim gunung juga akan dilindungi dengan insurans nyawa serta kemalangan di bawah kelolaan pihak Taman-Taman Sabah (TTS).
“Dua inisiatif kebajikan ini dilihat setimpal dengan tugas dan tanggungjawab para malim gunung,” katanya berucap dalam majlis melepaskan pendaki ke puncak Gunung Kinabalu di Timpohan Gate, Kundasang dekat sini hari ini.
Pendakian ke puncak gunung tersebut dibuka secara rasmi kepada umum hari ini selepas ditutup ekoran kejadian gempa bumi pada Jun lalu. - UTUSAN
Gaji Malim Gunung Dinaikkan, Dilindungi Insuran Nyawa
Reviewed by Unknown
on
December 01, 2015
Rating:

No comments: