Seo Services

Penduduk Tawau Turut Rasai Gegaran Gempa Di Kalimantan


TAWAU: Penduduk daerah ini turut merasai gegaran susulan gempa bumi kuat pada skala 6.0 Richter yang berpusat di Tarakan, Indonesia, kira-kira 96 kilometer barat daya Tawau, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Mohd Razali Awang Ahmad, berkata pihaknya menerima banyak panggilan sejurus gegaran gempa bumi itu.

"Lapan anggota bersama dua jentera membuat pemantauan dan rondaan namun tiada sebarang laporan kerosakan diterima," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Sementara itu, Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS) melaporkan tiada laporan kerosakan atau kematian di Indonesia susulan gempa bumi berkenaan. USGS berkata, gempa bumi itu melanda kawasan timur laut Kalimantan, Indonesia, kira-kira 34 kilometer utara bandar Tarakan pada kedalaman 22 kilometer.

-Berita Harian
Penduduk Tawau Turut Rasai Gegaran Gempa Di Kalimantan Penduduk Tawau Turut Rasai Gegaran Gempa Di Kalimantan Reviewed by Unknown on December 21, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.