Seo Services

RM200 Juta Diperuntuk Untuk Usahawan Pekebun Kecil RISDA


KUALA LUMPUR - Kerajaan telah meluluskan peruntukan sejumlah RM200 juta di bawah RMK ke-11 kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bagi melaksanakan Program Aktiviti Ekonomi Tambahan dan Pembangunan Usahawan di kalangan pekebun kecil luar bandar.

Dalam satu kenyataan berkata dengan kelulusan ini, RISDA akan menerima peruntukan sejumlah RM40 juta setiap tahun mulai tahun 2016 sehingga tahun 2020.

Peruntukan ini adalah untuk melaksanakan projek-projek ekonomi di bawah Progaram Aktiviti Tambahan dalam bidang Pertanian, Perkhidmatan, Pembuatan dan Makanan.

Selain daripada itu, peruntukan ini juga meliputi aktiviti pembangunan produk seperti pembungkusan dan pelabelan, penyelidikan dan pembangunan, inovasi, akreditasi dan persijilan serta aktiviti pemasaran dan promosi produk usahawan pekebun kecil.

Setakat ini, RISDA telah berjaya melahirkan 10,037 orang usahawan dan matlamat RISDA adalah untuk mencapai 20,000 orang usahawan pada penghujung tahun 2020 iaitu penambahan seramai 2,000 orang usahawan pekebun kecil setiap tahun.

Sementara itu, purata pendapatan pekebun kecil daripada aktiviti ekonomi sahaja adalah RM1,352 sebulan dan purata pendapatan daripada hasil getah (2.2 hektar dengan harga getah SM RM5.16) adalah RM1,100 sebulan.

Oleh itu, jumlah pendapatan yang diperolehi oleh pekebun kecil yang memiliki kebun seluas 2.3 hektar serta menjalankan aktiviti ekonomi tambahan adalah dianggarkan RM2,452.00 sebulan.

Sasaran RISDA adalah supaya pekebun kecil memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan sekeluarga pada penghujung tahun 2020.

Bagi mencapai sasaran tersebut RISDA akan bekerjasama serta mengadakan jaringan strategik dengan pihak MARA, MOA serta agensi-agensi kerajaan serta syarikat swasta berkaitan.

--BERNAMA
RM200 Juta Diperuntuk Untuk Usahawan Pekebun Kecil RISDA RM200 Juta Diperuntuk Untuk Usahawan Pekebun Kecil RISDA Reviewed by Unknown on December 02, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.