Sebanyak RM500 Juta Ringgit Dibelanjakan Menyelenggara Fasiliti Pendidikan - Mahadzir

Seo Services
Dato Seri Mahazdir Khalid (kiri sekali)  menerima cenderahati dari Dr Wan Junaidi

KUCHING: Kerajaan akan terus menyediakan peruntukan bagi membangunkan serta menyelenggara fasiliti-fasiliti pendidikan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Cina, Mubaligh, berasrama penuh dan Sekolah Agama Bantuan termasuk MRSM.

"Penyelenggaraan tersebut adalah termasuk kelas-kelas pembelajaran, kediaman kuaters guru-guru dan staf, tandas sekolah, bangunan sekolah dan lain-lain adalah perlu dilaksanakan dengan segera,"

"Kebanyakan sekolah-sekolah di luar bandar masih menggunakan pendawaian lama jadi penyelengaraan pendawaian semula sedang proses dibuat untuk mendapat bekalan elektrik penuh," kata Menteri Pendidikan Malaysia Dato Seri Mahdzir Khalid semasa ditemubual oleh wartawan pagi tadi

Beliau berkata daripada 1300 buah sekolah yang terdapat di Sarawak, sebanyak 300 lebih buah sekolah memang memerlukan penyelenggaraan dan akan di buat secara berkala mengikut kawasan dewan undangan negeri (DUN).

Selain itu, beliau memberitahu sebanyak 300 buah sekolah telah dikenal pasti sebagai projek perintis Dual Language Programme dan Highly Immersive Program akan dilaksanakan dengan kos 38.5 juta ringgit.

"Untuk mempertingkatkan penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, sebanyak 135 juta ringgit akan diperuntukkan dan bahasa Inggeris penting dalam persaingan global semasa, " tambahnya.

Beliau menyeru kepada setiap lapisan masyarakat agar membantu Jabatan Pendidikan Negeri, Pendidikan Daerah dan pihak sekolah dalam merealisasikan Wawasan 2020 agar dapat dilangsungkan dengan jayanya.-Sarawakiana

Sebanyak RM500 Juta Ringgit Dibelanjakan Menyelenggara Fasiliti Pendidikan - Mahadzir Sebanyak RM500 Juta Ringgit Dibelanjakan Menyelenggara Fasiliti Pendidikan - Mahadzir Reviewed by Unknown on December 01, 2015 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.