Seo Services

Sidang Kemuncak Asean Ke-26 : Prestasi Malaysia Boleh Dibanggakan


KUALA LUMPUR - Malaysia boleh berbangga dengan pencapaiannya dalam merealisasikan peranan utama sepanjang tempoh menjadi Pengerusi Asean pada tahun ini, kata Wisma Putra.

Wisma Putra berkata ini terbukti menerusi inisiatif menjadikan 'Asean Berpaksikan Rakyat' mendapat sambutan baik dari pemimpin Asean yang menerima pakai 'Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Asean yang berorientasikan dan Berpaksikan Rakyat'.

"Ini juga terbukti dengan perakuan para Pemimpin Asean yang telah menerima pakai 'Deklarasi Langkawi mengenai Kesederhanaan Global' pada sidang kemuncak Asean ke-26 yang menekankan kepentingan kesederhanaan sebagai suatu pendekatan menyeluruh dalam menggalakkan keamanan," kata Kementerian Luar dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini.

Wisma Putra turut menjelaskan Malaysia dipandang tinggi oleh negara serantau sebagai Pengerusi Asean malah pemimpin Asean telah menzahirkan keyakinan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak khususnya dalam mengemudi rantau ini untuk menempuh satu era baharu dalam sejarah perjalanan Asean.

"Dengan hanya lebih kurang dua bulan sebelum Malaysia mengakhiri tanggungjawabnya sebagai pengerusi Asean, sukacita memaklumkan Dewan yang mulia ini bahawa Malaysia telah berjaya dalam memenuhi peranan dan hampir kesemua keutamaan-keutamaan yang ditetapkan," katanya.

Wisma Putra menyatakan sedemikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (BN-Kota Tinggi) yang meminta Menteri Luar Negeri menyatakan kesan positif kepada negara hasil persidangan Asean di Kuala Lumpur.

Terdahulu, Wisma Putra menjelaskan Malaysia telah menggariskan dua peranan utama dan lapan isu yang menjadi tunjang kepada kepengerusian Asean iaitu memastikan pelaksanaan garis tindakan dalam tiga Pelan Tindakan Komuniti Asean dan Pelan Hala Tuju Komuniti Asean (2009-2015), serta usaha membangunkan Visi Komuniti Asean Pasca-2015.

Wisma Putra berkata proses membangunkan Visi Komuniti Asean Pasca-2015 telah selesai apabila pemimpin Asean memperakukan Visi Asean yang baharu iaitu 'Asean 2025: Forging Ahead Together' yang bermatlamat mengukuhkan proses integrasi Asean untuk 10 tahun akan datang.

Dokumen itu telah diperakukan semasa berlangsungnya Sidang Kemuncak Asean ke-27 serta Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan pada 18 hingga 22 November lepas. -Bernama
Sidang Kemuncak Asean Ke-26 : Prestasi Malaysia Boleh Dibanggakan Sidang Kemuncak Asean Ke-26 : Prestasi Malaysia Boleh Dibanggakan Reviewed by Unknown on December 01, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.