Seo Services

El Nino Dijangka Berterusan Sehingga Hujung Mac


KUCHING: Menurut Jabatan Meteorologi cuaca panas dan kering bakal berterusan sehingga penghujungan bulan Mac ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, keadaan itu disebabkan fenomena El Nino kuat.

Wan Junaidi berkata kepanasan dan kekeringan yang dialami adalah satu kebimbangan kerana jika musim tengkujuh atau landas telah berakhir, dengan sendirinya El Nino akan menjadi satu kesan yang besar .

“Oleh demikian, saya bimbang kesan daripada El Nino ini berlaku kebakaran di hutan, dan pembakaran terbuka oleh pihak-pihak pembinaan di tempat tempat pembinaan,” katanya sambil menambah hal sedemikian patut di elakan.

Beliau menyarankan agar individu persendirian di rumah jangan membuat pembakaran terbuka.

“Kementerian saya juga telah memberi arahan kepada semua pengarah-pegarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) di seluruh negara untuk memperingatkan mereka mengambil langkah berjaga-jaga dan memebri amaran kepada pihak pertanian, peladangan, pembinaan, perkilangan agar tidak membuat kebakaran terbuka,” ujarnya pada sidang media pagi tadi.

Tambahnya kawasan tanah gambut yang sering terbakar juga akan dipantau dengan rapi melalui Prosedur Tetap Operasi (PTO) Program Pencegahan dan Pengurusan Tanah Gambut Sering Terbakar. – Sarawakiana
El Nino Dijangka Berterusan Sehingga Hujung Mac El Nino Dijangka Berterusan Sehingga Hujung Mac Reviewed by uMieySurianie on January 22, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.