KUALA LUMPUR: Kejatuhan harga minyak mentah global terus memberi tekanan kepada syarikat pengeluar minyak negara, Petronas, apabila ia bakal mengurangkan perbelanjaan operasi (Opex) dan perbelanjaan modal (Capex) sehingga RM50 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang.
Langkah tersebut sekali gus memberi petanda bahawa krisis minyak dunia ketika ini semakin meruncing.
Agensi berita Reuters melaporkan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin bertindak mengingatkan kakitangan Petronas bahawa langkah lanjutan penjimatan tersebut bererti syarikat itu bakal menangguhkan beberapa lagi projek yang sedang dirancang untuk dilaksanakan.
Beliau berkata, pihaknya juga perlu membuat keputusan strategik untuk melakukan kajian semula terhadap model operasi perniagaan syarikat bagi meningkatkan kecekapan bertindak balas terhadap persekitaran luar.
Bagaimanapun, menurut Wan Zulkiflee, pihaknya mendapati langkah-langkah tersebut tidak cukup untuk menangani impak yang disebabkan oleh kejatuhan berterusan harga minyak mentah global.
“Pada Jumaat lepas, harga minyak mentah Brent ditutup pada nilai dagangan AS$28 (RM122) setong dan ia terus menyusut tanpa menunjukkan tanda-tanda untuk kembali pulih.
“Syarikat telah memberi reaksi pantas terhadap petanda awal ini dengan mengurangkan Capex dan Opex,” katanya dalam memorandum dalaman kepada kakitangannya di sini semalam. - Kosmo
Harga Minyak Jatuh, Projek Petronas Ditangguh
Reviewed by Unknown
on
January 20, 2016
Rating:

No comments: