Seo Services

Hukuman Bapa Rogol Anak Kekal


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 40 tahun dan 20 sebatan selepas menolak rayuan seorang bapa atas kesalahan merogol anaknya berusia 15 tahun dalam dua kejadian berasingan pada 2009 dan 2011.

Perayu berusia 48 tahun, yang tidak diwakili peguam, menangis teresak-esak ketika ketika memohon agar hukuman terhadap dua pertuduhannya diringankan atas alasan dia telah insaf dan menyesali perbuatannya serta telah bertaubat.

Bagaimanapun, hakim Datuk Mohamad Shariff Abu Samah, ketika menolak rayuan itu, berkata mahkamah mengambil kira kepentingan awam dan perbuatan merogol anak sendiri adalah sesuatu yang keji, bersikap binatang dan meninggalkan kesan trauma kepada mangsa.

Pada 31 Julai tahun lepas, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dengan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman itu berjalan berasingan.

Perayu, yang kini hilang kaki kirinya akibat penyakit saraf, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di sebuah rumah pangsa di Cheras, di sini pada tahun 2009, pukul 2 pagi.

Dia turut mengaku salah mengulangi perbuatan sama di rumah sama pada tahun 2011, pukul 1 pagi.

Dia didakwa didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh juga dikenakan sebat tidak kurang 10 sebatan.

Mohamad Shariff berkata perayu sebagai ketua keluarga sepatutnya bertanggungjawab sepenuhnya menjaga keluarga dan memberikan pendidikan kepada anak-anak serta menjaga maruah anak gadisnya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Noor Svetlana Mohd Noor Nordin memohon mahkamah mengekalkan hukuman tersebut dan hukuman secara berasingan itu adalah bertepatan.

"Tertuduh merogol anak sendiri secara berulang, jika dia benar-benar insaf kenapa dia masih mahu melakukannya pada tahun lepas walaupun tidak direkodkan," katanya sambil menambah kejadian terakhir itu semasa tertuduh telah kehilangan sebelah kakinya.

-- BERNAMA
Hukuman Bapa Rogol Anak Kekal Hukuman Bapa Rogol Anak Kekal Reviewed by Unknown on January 20, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.