Seo Services

Kukuh Perpaduan Melalui Semangat Kejiranan


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyarankan agar rakyat Malaysia menguatkan azam 2016 dengan mengukuhkan lagi perpaduan dan muafakat melalui semangat kejiranan.

Ujar beliau, kerajaan telah mengusahakan kempen-kempen penyatuan nasional berasaskan gagasan 1Malaysia.

“Pada zaman dahulu di kawasan luar bandar, semangat kejiranan sangatlah tinggi.

“Sekiranya ada berita baik maka riuhlah di kampung, kalau ada kenduri satu kampung juga akan bergotong royong, memasak, melakukan persiapan, mengemas dan sebagainya.

“Jalinan silaturahim mereka sangatlah erat,” katanya menerusi satu perutusan hari ini.

Tambah Najib, semangat kejiranan dalam kalangan rakyat mutakhir ini kian runtuh terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar.

“Mungkin kerana sibuk dengan pekerjaan kita, keluar awal pagi dan balik lewat malam. Ada antara kita tidak kenal jiran sebelah rumah.

“Sayang sekali jika kita tidak mengamalkan kehidupan berjiran dengan baik kerana jiran kitalah orang yang terdekat yang boleh membanti kita dalam kesusahan,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Najib berkata menjalinkan hubungan baik dengan jiran tetangga merupakan langkah pertama ke arah perpaduan nasional dan keharmonian sejagat yang berterusan, selain dapat menjamin keharmonian tempat tinggal. - klxpress
Kukuh Perpaduan Melalui Semangat Kejiranan Kukuh Perpaduan Melalui Semangat Kejiranan Reviewed by Unknown on January 22, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.