“Saya tidak pernah cakap kerajaan menghapuskan biasiswa JPA, bila masa pernah saya cakap, apa yang disebarkan itu adalah tidak benar”.
Itu penafian Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berhubung laporan bahawa beliau pernah mengeluarkan kenyataan yang kerajaan akan menghapus serta memansuhkan program biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Beliau yang juga Timbalan Presiden MCA sehubungan itu menyelar tindakan pihak-pihak yang menyebarkan fitnah tersebut yang viral menerusi media sosial seperti WhatsApp dan laman blog.
Malah Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli menerusi Facebooknya tentunya tanpa usul periksa telah membuat komen isu pemberhentian biasiswa pendidikan JPA bagi 700 pelajar ijazah pertama dengan mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak berani berdepan dengan rakyat untuk menerangkan sendiri keputusan-keputusan beliau yang menekan rakyat lalu kerana itu laporan berita mengenainya hanya disiarkan oleh akhbar berbahasa Cina.
Beliau selanjutnya mendakwa bahawa kegilaan Najib akan diteruskan dalam semakan Bajet 2016 dengan memotong perbelanjaan rakyat terlebih dahulu sebelum perbelanjaan atau projek-projek yang melibatkan kepentingan kroni.
Lebih menarik, Rafizi yang selama ini hanya pandai melontar kritikan dan fitnah namun langsung tidak menawarkan sebarang jasa kepada rakyat turut memberikan nasihat kepada Najib.
“Oleh itu, saya ingin menasihati Dato’ Seri Najib Tun Razak kaedah terbaik mengembalikan pembiayaan biasiswa dan dermasiswa seperti ini.
Saya gesa Dato’ Seri Najib Tun Razak mengarahkan 1MDB membayar kembali geran Kerajaan Persekutuan yang berjumlah RM1.1 bilion yang telah diambil oleh 1MDB bagi kerja pemindahan dan naiktaraf pengkalan tentera bersabit Bandar Malaysia. Projek tersebut adalah tanggungjawab 1MDB dan tidak sewajarnya melibatkan dana rakyat.
Jumlah RM1.1 bilion ini lebih dari cukup untuk membiayai biasiswa-biasiswa yang saya sebut di atas,” coret Rafizi di laman Facebook beliau yang ternyata satu lagi kenyataan provokasi berbaur fitnah lantaran penafian yang dibuat Wee Ka Siong.- BNBBC News
Menteri nafi tapi Rafizi sebar dan tabur fitnah
Reviewed by Admin
on
January 22, 2016
Rating:

No comments: