Pontianak – Polis dan tentera Indonesia semalam memindahkan ratusan bekas anggota kumpulan ajaran sesat Gerakan Fajar Nusantara (GAFATAR) ke daerah ini selepas kediaman mereka di Mempawah, Kalimantan Barat dibakar penduduk tempatan.
Bekas anggota Gafatar itu mula tiba di penempatan sementara di Tanjungpura, Pontianak, petang kelmarin, memadangkan mereka tidak ada tempat lagi untuk menumpang.
“Ketika ini ratusan polis dan tentera mengawal penempatan mereka bagi menghalang sebarang kejadian tidak diingini,” kata jurucakap polis Kalimantan Barat, Arianto.
Langkah keselamatan ditingkatkan sejak pemindahan bermula selepas sembilan rumah anggota kumpulan ajaran sesat itu dibakar, dipercayai oleh penduduk Mempawah yang tidak senang dengan kehadiran mereka di daerah itu.
Dalam pada itu, pihak berkuasa Indonesia berusaha menghantar anggota Gefatar itu pulang ke kampung asal mereka di Jawa.
Isnin lalu, sebuah kereta milik anggota kumpulan itu dibakar ketika pemiliknya berbincang dengan pihak berkuasa tempatan mengenai kata dua penduduk Mempawah yang memaksa mereka meninggalkan daerah itu.
Gefatar yang dulunya dikenali sebagai Al-Qiyadah Al-Islamiyah diisytiharkan ajaran sesat oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI).
Ia ditubuhkan pada 14 Ogos 2011 setelah Al-Qiyadah dibubarkan pada 2007. Pemimpinnya Mussadeq mengaku nabi dan mendakwa menerima wahyu Tuhan menerusi malaikat Jibrail dan ajaran itu mencampuradukkan agama Islam, Kristian dan Yahudi. – Agensi
Orang Kampung Bakar Rumah Anggota Ajaran Sesat
Reviewed by Unknown
on
January 21, 2016
Rating:

No comments: