Seo Services

Pelajar Putus Kaki Terima Sumbangan Kaki Palsu



KLANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghulurkan sumbangan peribadi RM10,000 kepada mangsa langgar lari, Siti Nuraisyah Sahrin, 13, yang putus kedua-dua kaki digilis lori, Isnin lalu.

Sumbangan disampaikan melalui Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, sebentar tadi.

Abdul Azeez turut mengumumkan sumbangan sepasang kaki palsu daripada Biro Kebajikan UMNO untuk pelajar Tingkatan Satu itu.

"Kaki palsu ini akan diberikan kepada Siti Nuraisyah selepas dia sembuh dan kita akan terus memantau keadaannya, " katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Tabung Haji berkata, Siti Nuraisyah juga akan ditaja menunaikan umrah bersama ibu-bapanya selepas ini. - BH
Pelajar Putus Kaki Terima Sumbangan Kaki Palsu Pelajar Putus Kaki Terima Sumbangan Kaki Palsu Reviewed by Unknown on January 20, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.