Seo Services

Penyokong Hijau Kuning Tidak Mahu Kehilangan Mukhriz

Penyokong berpendapat, prestasi pasukan naik mendadak selepas jawatan presiden KFA diambil Mukhriz kira-kira dua tahun lalu.

SELEPAS pemimpin UMNO Kedah sepakat mengumumkan pendirian hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir semalam, antara yang terkesan dengan situasi ini adalah penyokong bola sepak Kedah.

Masakan tidak, Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah, secara automatik merupakan pemegang tampuk kepimpinan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Situasi semasa membuatkan penyokong skuad Lang Merah itu mula tidak senang duduk kerana seandainya Mukhriz dilucutkan jawatan sebagai Menteri Besar, kepimpinan KFA juga berubah.

Perkara ini merisaukan penyokong yang rata-ratanya melihat Mukhriz sebagai orang yang bertanggungjawab mengembalikan kegemilangan pasukan Kedah.

Penyokong berpendapat, prestasi pasukan naik mendadak selepas jawatan presiden KFA diambil Mukhriz kira-kira dua tahun lalu.
Ramai yang bimbang jika situasi yang berlaku akan memberikan kesan kepada kecemerlangan pasukan Kedah.

Tiga tahun tersingkir di Liga Perdana, prestasi Kedah memuncak tahun lalu apabila menjadi naib johan Piala Malaysia, selain menjuarai Liga Perdana yang menyaksikan mereka kembali bersaing di Liga Super musim ini.-Awani
Penyokong Hijau Kuning Tidak Mahu Kehilangan Mukhriz Penyokong Hijau Kuning Tidak Mahu Kehilangan Mukhriz Reviewed by Unknown on January 22, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.