Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem menjelaskan isu penurunan kuasa daripada Kerajaan pusat kepada kerajaan negeri adalah sesuatu yang tidak mudah malah memerlukan masa serta perbincangan yang teliti bagi memastikan kesepakatan antara dua pihak.
Katanya, proses tersebut tidak mungkin akan diselesaikan dalam masa yang singkat walaupun secara amnya kerajaan pusat telah bersetuju berhubung penurunan sebahagian kuasa membabitkan beberapa perkara kepada kerajaan negeri.
"Ia mengambil masa yang lama secara langkah demi langkah dan kemungkinan hanya dapat dimuktamadkan dalam tempoh lima tahun akan datang,"
"Antara perkara yang perlu diteliti adalah faktor kewangan, kerana misalnya, apabila kuasa diambil alih, sokongan kewangan adalah amat penting,"
Beliau berkata sedemikian selepas melancarkan buku nukilan Datuk Lily Yong Lee Lee bertajuk 'Anak Kampong' di sebuah hotel di sini semalam.
Adenan juga menjelaskan beberapa perkara sudah dipersetujui setakat ini, termasuk isu lesen perikanan laut dalam di perairan negeri serta penempatan 90 peratus di Sarawak adalah anak tempatan dan persetujuannya untuk meningkatkan jumlah pegawai imigresen di negeri ini.
Dalam pada masa yang sama beliau juga menegaskan supaya pihak pembangkang di Sarawak tidak menjejaskan usaha kerajaan negeri berhubung isu penurunan kuasa daripada Kerajaan Pusat.
“Pihak pembangkang tidak perlu mempersoalkan keputusan yang sudah dicapai kerajaan negeri, sebaliknya menyokong demi kepentingan rakyat di negeri ini,” katanya. - Sarawakiana
Proses Penurunan Kuasa Bukan Mudah, Perlu Masa - Adenan
Reviewed by Unknown
on
January 20, 2016
Rating:

No comments: