KUALA LUMPUR: Keputusan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem untuk membuat 'pengumuman awal' mengenai cadangan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11, telah menggemparkan seluruh penduduk Kuching.
Meskipun sudah menjadi kelaziman bagi beliau untuk membuat keputusan yang berani, Adenan bagaimanapun berjaya mengejutkan hadirin pada satu majlis di Santubong, Sarawak pada Jumaat malam, apabila mengumumkan secara terang-terangan mengenai tarikh PRN ke-11 yang dicadangkan pada 30 April manakala penamaan calon pada 18 April.
Beliau dilihat menyimpang daripada norma kebiasaanya, iaitu lebih suka menyimpan rahsia mengenai tarikh keramat berkenaan dan pengumuman tersebut, telah diterima secara positif oleh rakyat sama ada di dalam atau pun di luar bidang politik.
Penganalisis sains politik Prof Madya Dr Jeniri Amir berpendapat, pengumuman itu memberi dua petunjuk iaitu pemimpin negeri berusia 71 tahun itu bukan sahaja berkeyakinan memenangi PRN ke-11, namun yakin untuk memperoleh kemenangan dengan majoriti lebih besar.
Kedua, katanya, Barisan Nasional (BN) negeri sudah bersiap siaga untuk menghadapi pilihan raya berkenaan.- BERNAMA
Adenan Berhak Beri Cadangan 'Tarikh Pilihan Raya Lebih Awal'
Reviewed by uMieySurianie
on
February 01, 2016
Rating:
No comments: