Seo Services

Aminuddin sedia lepas jawatan Setiausaha KFA

ALOR SETAR: Datuk Aminuddin Omar sedia melepaskan jawatan Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) untuk memberi laluan kepada kepimpinan baharu kerajaan negeri menerajui KFA.

Perkara itu dinyatakan EXCO Belia dan Sukan negeri itu susulan pelantikan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Menteri Besar Kedah baharu hari ini.

Aminuddin berkata, barisan pimpinan baharu KFA akan ditentukan melalui kongres yang dijadual diadakan selewat-lewatnya dalam tempoh dua minggu ini.

"Mungkin saya digugurkan, jadi bagi muka baharulah," katanya kepada pemberita selepas istiadat mengangkat sumpah Menteri Besar baharu, di Istana Anak Bukit di sini, sebentar tadi.

Pada masa sama, Aminuddin mengharapkan skuad Helang Merah kekal cemerlang di bawah kepimpinan Presiden KFA baharu selepas Datuk Seri Mukhriz Mahathir melepaskan jawatan itu susulan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar, semalam.

Aminuddin yang dikenali sebagai penyokong kuat Mukhriz, akan menyokong pimpinan baharu di bawah pentadbiran Ahmad Bashah. "Kita bagi peluang dan akur dengan kepimpinan baharu," katanya. - BH
Aminuddin sedia lepas jawatan Setiausaha KFA Aminuddin sedia lepas jawatan Setiausaha KFA Reviewed by Admin on February 04, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.