Seo Services

Virus Zika: Florida diistihar darurat kesihatan di 4 wilayah

Gabenor Florida, Rick Scott mengisytiharkan darurat kesihatan awam di empat wilayah yang mempunyai kes berkaitan virus Zika.

Beliau juga mengarahkan pihak berkuasa tempatan supaya meningkatkan kawalan nyamuk di beberapa kawasan paling teruk terjejas di negeri itu.

“Walaupun Florida kini mencatat sembilan kes Zika yang dikaitkan dengan kegiatan pelancongan, kami perlu memastikan Florida bersedia dan berwaspada terhadap penyebaran virus Zika di negeri ini,” kata Scott dalam kenyataan.

Wilayah yang terbabit dengan darurat itu ialah Miami-Dade di selatan Florida, Hillsborough di wilayah Tampa Bay, Lee County di barat daya Florida dan Santa Rosa County di Florida Panhandle.

Scott turut mengarahkan pakar bedah di hospital negeri itu supaya mengisytiharkan darurat kesihatan awam berkenaan dan pegawai negeri memberi tumpuan terhadap penyemburan nyamuk di kawasan kediaman di daerah berkenaan.

Florida adalah negeri ketiga paling ramai penduduk di Amerika Syarikat.- BNBBC News
Virus Zika: Florida diistihar darurat kesihatan di 4 wilayah Virus Zika: Florida diistihar darurat kesihatan di 4 wilayah Reviewed by Admin on February 04, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.