Seo Services

Dr Vida Akan Bina Hotel Bertaraf Enam Bintang Berharga RM280 Juta!


Pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida sememangnya antara ahli perniagaan yang boleh dicontohi oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

Masakan tidak, selepas menjadi penaja utama pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW), wanita berusia 43 tahun ini bakal menubuhkan sebuah hotel bertaraf enam bintang yang dilengkapi kemudahan sukan dan riadah yang dibina berhampiran Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Hotel yang dikhabarkan menelan kos keseluruhan sebanyak RM280 juta itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

Memetik Berita Harian, Hotel PQPTRW setinggi 19 tingkat itu nanti akan dibina di tanah keluasan 0.7 hektar berhampiran papan skor Stadium Sultan Muhammad IV.

“Bahagian bawah hotel berkenaan akan dijadikan kompleks sukan yang menyediakan tempat permainan boling, padang tenis, latihan pukulan golf dan lain-lain lagi.

“Jadi, ibu bapa tidak perlu risau sekiranya anak mereka perlu hadir perlawanan di Kelantan kerana kemudahan tempat tinggal sudah tersedia.

“Selain itu, hotel itu juga menyediakan kafe sebagai ruang untuk peminat bola sepak menyaksikan perlawanan secara siaran langsung. Jadi mereka masih boleh menonton perlawanan beramai-ramai walaupun tidak sempat ke stadium.

“Taman tema juga dibina di sekitar hotel berkenaan bagi membolehkan seisi keluarga beriadah di lokasi terbabit. Apa yang saya usahakan ini adalah untuk membangunkan lagi skuad PQPTRW sehingga mendapat tempat di pentas antarabangsa,” katanya.

Semoga impian dan harapan Datuk Seri Vida tercapai dan prestasi pasukan PQPTRW akan sentiasa berada dalam prestasi terbaik bagi membuktikan keupayaan dan kebolehan mereka di bawah pengurusan yang baharu. – sumber
Dr Vida Akan Bina Hotel Bertaraf Enam Bintang Berharga RM280 Juta! Dr Vida Akan Bina Hotel Bertaraf Enam Bintang Berharga RM280 Juta! Reviewed by Unknown on February 03, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.