Seo Services

Erin Malek Lalui Rasa Sukar Anak Meninggal Dunia Dalam Kandungan



KUALA LUMPUR: Pelakon Erin Malek berkongsi pengalamannya melalui rasa sukar selepas doktor mengesahkan salah seorang anak kembarnya meninggal dunia ketika usia kandungannya mencecah usia 16 minggu iaitu pada Mei tahun lalu.

Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, 22, berkata, ketika itu dia banyak menangis kerana sukar menerima hakikat namun reda dengan ketentuan Allah.

"Tidak tahu bagaimana saya hendak gambarkan perasaan ketika itu tetapi saya memang sedih namun apabila doktor menjelaskan situasi dan keadaannya saya mula reda.

"Bagaimanapun saya bersyukur masih dapat terus mengandungkannya sehingga sembilan bulan dan melahirkannya walaupun dia sudah tidak bernyawa," katanya kepada mStar Online.

Erin berkata demikian ketika ditemui pada majlis Gong Xi Raya bersama artis Paranormal di sini, Selasa.

Sebelum ini dia tidak pernah bercerita mengenai keadaan berkenaan.

Pada 1 Oktober tahun lalu, Erin selamat melahirkan seorang sahaja bayi kembarnya yang diberi nama Mohamed Faliq Mohamed Farriz.

Pelakon itu menerusi laman sosial Instagram miliknya turut mendedahkan kembar kepada Mohamed Faliq meninggal dunia akibat lebihan cecair di dalam perut sehinnga menyebabkan badan membengkak ketika berusia 16 minggu dalam kandungan.

Dalam pada itu, Erin berkata, dia dan suaminya sempat menatap wajah jenazah bayi mereka yang dilahirkan dengan cukup sifat itu dan bersyukur diberi kesempatan oleh Allah untuk merasai nikmat hamil anak kembar.

"sudah tertulis bukan rezeki saya tetapi sangat bersyukur dapat merasai pengalaman mengandungkan anak kembar dan ia pengalaman yang tidak akan saya lupakan.

"Saya dan suami akan meluangkan masa sebulan sekali menziarahi kuburnya," katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai kehidupannya sebagai seorang ibu, Erin berkata, dia tidak menggunakan khidmat pembantu untuk menguruskan anak sebaliknya lebih selesa menjaga sendiri Faliq.

Kata Erin, biarpun penat namun dia berasa puas dapat membesarkan sendiri anaknya itu malah suaminya juga sangat ringan tulang dalam membantunya menjaga Faliq.-mStar
Erin Malek Lalui Rasa Sukar Anak Meninggal Dunia Dalam Kandungan Erin Malek Lalui Rasa Sukar Anak Meninggal Dunia Dalam Kandungan Reviewed by Unknown on February 03, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.