Seo Services

Adenan Jumpa Najib Bincang Persiapan PRN11


KUCHING: Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di ibu negara malam tadi bagi membincangkan persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11).

"Pertemuan bersama Perdana Menteri berjalan dengan baik.... semuanya berkaitan pilihan raya negeri yang akan kita hadapi tidak lama lagi," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga Antara Sarawak Energy Berhad dan Malaysia Phosphates Additives (Sarawak) Sdn Bhd, di sini hari ini.

Adenan yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak dijangka mengadakan sidang media bagi menjelaskan secara terperinci butiran pertemuan beliau bersama Perdana Menteri.

Difahamkan, pertemuan itu menyentuh tahap persiapan jentera pilihan raya BN Sarawak, selain senarai pencalonan dan kesesuaian tarikh cadangan PRN11, termasuk tarikh penamaan calon yang diumumkan Adenan, Jumaat lalu.

Malah, pertemuan itu juga difahamkan turut menyentuh mengenai proses perundingan fasa kedua penurunan kuasa pentadbiran Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri yang diperjuangkan Adenan. - BH
Adenan Jumpa Najib Bincang Persiapan PRN11 Adenan Jumpa Najib Bincang Persiapan PRN11  Reviewed by uMieySurianie on February 03, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.