Seo Services

Sembilan penghuni Kampung Tabuan Melayu tinggal sehelai sepinggang

KUCHING - Seramai sembilan penghuni tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka di Kampung Tabuan Melayu di sini musnah dalam kejadian kebakaran hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu, sebuah kereta jenis Perodua Kenari yang diletakkan di luar rumah tersebut turut terbakar, namun tindakan pantas pihak bomba berjaya mengelakkan kebakaran merebak ke rumah bersebelahan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden tersebut.

"Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dan BBP Batu Lintang terlibat dalam operasi berkenaan dan operasi memadam bara api masih dilakukan ketika ini.

"Api merebak terlalu cepat berikutan kedudukan rumah yang rapat. Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi," - K! ONLINE
Sembilan penghuni Kampung Tabuan Melayu tinggal sehelai sepinggang Sembilan penghuni Kampung Tabuan Melayu tinggal sehelai sepinggang Reviewed by Admin on February 03, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.