Seo Services

KWSP bakal lancar dana patuh syariah Januari 2017

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka melancarkan dana patuh Syariah sepenuhnya pada Januari 2017 sebagai pilihan kepada pencarum yang berminat menukarkan simpanan mereka kepada status patuh Syariah sepenuhnya.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya (Pelaburan) Datuk Mohamad Nasir Ab Latif berkata saiz awal dana itu dijangkakan antara RM100 bilion dan RM120 bilion.

"Dana itu akan berasaskan 'siapa cepat dia dapat' kerana saya tidak rasa kami boleh menampung semua orang.

"Kami menyasar kurang daripada RM120 bilion. Ia hanya anggaran," katanya kepada pemberita pada taklimat media di sini, hari ini.

Jumlah aset pelaburan pengurus dana itu berkembang sebanyak RM667.56 bilion pada September 2015, meningkat RM31.03 bilion bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun tersebut.

Pada April tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan dana patuh Syariah oleh KWSP yang bertujuan mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai pemain utama dalam hab kewangan Islam.

KWSP kemudiannya mengambil khidmat perunding untuk mengkaji kemungkinan menubuhkan dana pencen sokongan negara pertama yang dikhususkan sepenuhnya kepada pelaburan patuh Syariah. - Bernama
KWSP bakal lancar dana patuh syariah Januari 2017 KWSP bakal lancar dana patuh syariah Januari 2017 Reviewed by Admin on February 04, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.