Seo Services

Bayaran Ansuran 'Rumah BN' Tidak Bebankan Belia


PUTRAJAYA: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan berbincang dengan institusi perbankan supaya pinjaman perumahan kepada belia luar bandar yang mahu membeli Rumah Bina Negara (Rumah BN) dipermudah serta tidak membebankan.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia termasuk memastikan ansuran pinjaman ditetapkan tidak lebih RM250 sebulan iaitu kadar mampu dibayar belia yang kebanyakannya bekerja sendiri.

"Dalam mesyuarat pasca Kabinet semalam, kita bincang mengenai Rumah BN ini dan kita akan bina rumah asas sama ada teres atau banglo berharga dalam lingkungan RM50,000 hingga RM80,000.

"Kita tidak mahu meletakkan harga tinggi kerana bimbang bank tidak meluluskan pinjaman, selain tidak mampu dibeli belia.

"Mungkin kita bincang dengan bank supaya kalau boleh bayaran ansuran ditetapkan dalam kadar RM250 sebulan sebab belia di luar bandar mungkin bekerja sendiri atau berniaga, jadi susah untuk dapat pinjaman jika harga rumah mahal.

"Ini selari dengan matlamat memastikan anak muda di luar bandar mempunyai rumah sendiri tercapai, sekali gus mengurangkan penghijrahan ke bandar," katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan KKLW, di sini, sebentar tadi.

Bayaran Ansuran 'Rumah BN' Tidak Bebankan Belia Bayaran Ansuran 'Rumah BN' Tidak Bebankan Belia Reviewed by uMieySurianie on February 04, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.