Seo Services

Malaysia Bebas Virus Zika


BAYAN LEPAS: Tiada jangkitan virus Zika dilapor berlaku di Malaysia, setakat ini, walaupun jumlah kes denggi mencatat peningkatan setiap minggu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata secara purata 3,500 kes demam denggi dicatatkan setiap minggu dengan kes tertinggi dilaporkan berlaku di Selangor.

Katanya, setakat ini, negara masih bebas daripada virus Zika yang juga disebarkan Aedes, namun langkah berjaga-jaga perlu diambil mulai sekarang.

"Kita bimbang jika ada rakyat negara ini yang melancong ke luar negara djangkiti virus Zika dan membawa pulang penyakit itu sehingga menyebabkan jangkitan tempatan tercetus.

"Virus Zika agak sukar dikesan pada peringkat awal kerana ia hanya menyebabkan demam dan ujian darah perlu dilakukan bagi pengesahan lanjut," katanya pada sidang media, di sini, tengah hari tadi.

Dr Hilmi berkata, virus Zika hanya dapat dikesan melalui ujian darah. "Setakat ini, 300 sampel darah yang dianalisis di makmal Malaysia disahkan bebas virus Zika dan kita akan terus melakukan pemeriksaan di semua pintu masuk utama.

"Kita paling bimbang jika virus ini menjangkiti ibu mengandung kerana ia boleh membahayakan kandungannya," katanya. - BH

Malaysia Bebas Virus Zika Malaysia Bebas Virus Zika  Reviewed by uMieySurianie on February 04, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.