Seo Services

Pencuri Diarak Keliling Kampung


BEIJING: Penduduk sebuah kampung di wilayah Guizhou, barat daya China, menggunakan kaedah terbaik ‘mengajar’ sekumpulan pencuri apabila memalukan mereka di khalayak ramai kerana mencuri artifak keagamaan.

People’s Daily Online melaporkan, ratusan penduduk kampung keluar untuk mencemuh lima lelaki itu kerana didakwa mencuri dua patung batu singa dan satu patung Buddha, Oktober lalu.

Patung batu itu yang dikatakan berusia lebih 400 tahun hilang dari kampung berkenaan pada 13 Oktober 2015. Polis yang menyiasat kes itu mengesyaki pencurinya anggota geng profesional.

Lima lelaki itu ditangkap pada 27 Januari lalu selepas siasatan polis selama tiga bulan.

Penduduk kampung berkata, patung berkenaan diwariskan dari satu generasi ke generasi dan dipercayai membawa tuah selain menghalau hantu. - Agensi
Pencuri Diarak Keliling Kampung Pencuri Diarak Keliling Kampung Reviewed by Unknown on February 03, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.