Seo Services

Pihak Berkuasa Singapura Tidak Pernah Hubungi 1MDB


KUALA LUMPUR : 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengesahkan syarikat itu tidak pernah dihubungi pihak berkuasa Singapura bagi membantu siasatan.

Walau bagaimanapun, 1MDB menyatakan syarikat itu bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa Singapura sekiranya diminta berbuat demikian.

“1MDB tetap komited untuk memberi kerjasama sepenuh­nya kepada mana-mana pihak berkuasa dan badan penyiasatan.

“Tindakan itu adalah tertakluk kepada pandangan pihak berkuasa yang berkaitan di negara ini dan pematuhan terhadap protokol antarabangsa yang berkaitan,” kata 1MDB dalam ke­nyataan di sini hari ini.

Semalam, agensi berita antarabangsa, Reuters melaporkan ke­nyataan bersama Pihak Berkuasa Monetari Singapura dan Jabatan Hal Ehwal Komersial Singapura berhubung pembekuan beberapa akaun bank di negara itu yang didakwa ada kaitan dengan siasatan terhadap 1MDB.

- Utusan Malaysia
Pihak Berkuasa Singapura Tidak Pernah Hubungi 1MDB Pihak Berkuasa Singapura Tidak Pernah Hubungi 1MDB Reviewed by Unknown on February 03, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.