Seo Services

Bengkel Kereta Di Jalan Gita-Matang Hangus Terbakar


KUCHING: Sebuah bengkel kereta berdekatan Balai Polis Gita, Matang, berhampiran Sekolah Sekolah Star Tuanku Abdul Rahman disini hangus terbakar awal pagi tadi.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3.00 pagi, sebuah bengkel telah musnah terbakar bersama beberapa kenderaan lain berada di premis berkenaan turut musnah sama sekali.

Difahamkan tiga orang pekerja yang berada di bengkel berkenaan berjaya menyelamatkan diri dan tiada kecederaan dilaporkan.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Petra jaya dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan dari orang awam.

Sehingga berita ini ditulis, punca kejadian masih dalam siasatan.-Sarawakiana
Bengkel Kereta Di Jalan Gita-Matang Hangus Terbakar Bengkel Kereta Di Jalan Gita-Matang Hangus Terbakar Reviewed by Unknown on March 04, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.