SHAH ALAM - Satu gempa bumi dengan kekuatan 7.9 magnitud melanda kepulauan Mentawai, Sumatera Barat kira-kira pada jam 8.49 malam ini waktu Malaysia.
Difahamkan pusat gempa ialah kira-kira 808 kilometer ke barat daya Padang pada kedalaman 10 kilometer.
Setakat ini, belum ada laporan kerosakan atau kemalangan jiwa.
Sementara itu, berdasarkan laporan MetMalaysia, gegaran tersebut mungkin dirasai di Shah Alam, Subang dan Klang di negeri Selangor.
Bagaimanapun tiada ancaman tsunami dikeluarkan untuk Malaysia.
Gempa Bumi Kuat Melanda Sumatera Barat
Reviewed by Unknown
on
March 02, 2016
Rating:
No comments: