Seo Services

Google derma AS$1 juta perangi Zika

CALIFORNIA: Enjin pencarian terkemuka, Google, menyumbangkan As$1 juta (RM4.13 juta) untuk memerangi penularan virus Zika dan menawarkan bantuan kepada jurutera dan saintis menentukan di mana ia akan lokasi sasaran seterusnya.

Zika menjadi wabak besar di Amerika Latin dan Caribbean sejak musim luruh lalu.

Ia disebarkan menerusi gigitan nyamuk dan dikaitkan dengan kecacatan kelahiran.

Google, dalam blognya berkata, ia berada dalam kedudukan sesuai untuk menghulurkan bantuan kerana misinya adalah membantu orang ramai mencari maklumat, dan ada pengalaman menganalisis set data yang besar.

Syarikat berkenaan menyaksikan peningkatan lebih 3,000 peratus di seluruh dunia pencarian mengenai Zika sejak November lalu.

Geran syarikat itu akan diserahkan kepada UNICEF dan digunakan untuk membantu mengurangkan pembiakan nyamuk dan menyokong pembangunan diagnostik dan vaksin selain usaha menghalang pemindahan virus berkenaan. - AGENSI
Google derma AS$1 juta perangi Zika Google derma AS$1 juta perangi Zika Reviewed by Admin on March 04, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.