SARATOK, 3 Mac (Bernama) -- Pembinaan jalan bagi menghubungkan Batang Maro dan Sessang sejauh 13km di daerah kecil Kabong, dekat sini, akan dijalankan pada tahun ini, kata Anggota Parlimen Batang Lupar, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Tanpa memberitahu kos pembinaan jalan itu, beliau berkata ia akan memberi kemudahan kepada penduduk kampung di Batang Maro untuk meningkatkan tahap ekonomi mereka apabila dapat memasarkan hasil-hasil pertanian mereka.
"Pada masa ini Batang Maro hanya boleh dihubungi menggunakan bot melalui muara Sungai Batang Lupar. Jadi ini menyukarkan penduduk untuk memasarkan hasil-hasil pertanian," katanya.
Rohani, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata demikian semasa menangguhkan Misi Sukarelawan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) ASEAN di Sekolah Kebangsaan Batang Maro, hari ini.
Beliau turut menyeru penduduk di Batang Maro supaya meneruskan sokongan kuat mereka kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 yang dijadual diadakan bulan depan.
-- BERNAMA
Jalan Hubungkan Batang Maro-Sessang Dibina Tahun Ini - Rohani
Reviewed by Admin
on
March 03, 2016
Rating:

No comments: