Seo Services

Lelaki "Lalok" Serang Dua Anggota Polis


Seorang pengawal keselamatan berusia 48 tahun yang dipercayai dibawah pengaruh dadah telah menyerang dua anggota polis dengan menggunakan pemutar skru di sebuah restoren semalam.

Memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat kejadian yang berlaku pada jam lebih kurang dua petang tersebut, setelah pihaknya mendapat laporan dari orang awam melaporkan seorang pembantu restoran telah cedera akibat diserang dalam satu pergaduhan.

Bagaimanapun setibanya anggota polis terbabit ke lokasi kejadian, mereka dimaklumkan bahawa pembantu warga Thailand itu telah dibawa ke Hospital Shah Alam.

Difahamkan punca pergaduhan diantara antara suspek dan pembantu restoran terbabit adalah sebab hal peribadi.

Sementara itu, suspek mengunci dirinya dalam sebuah bilikdi tingkat atas restoren itu dan ketika pihak polis mengarahkannya keluar suspek nekad meluru keluar dan menyerang dua anggota polis berkenaan dengan menggunakan pemutar skru.

Sehubungan itu, suspek telah berjaya ditahan oleh orang awam dan berdasarkan ujian air kencing mendapati lelaki terbabit positif dadah jenis syabu.

Kes disiasat mengikut  Seksyen 324 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.-Sarawakiana
Lelaki "Lalok" Serang Dua Anggota Polis Lelaki "Lalok" Serang Dua Anggota Polis Reviewed by Unknown on March 04, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.