SRI AMAN: Mayat lelaki yang dikhuatiri hanyut selepas terjatuh dari Dermaga Tebingan Sungai(Warf Water Front) Sri Aman Rabu lalu( 2 Mac) telah ditemui pagi ini.
Menurut jurucakap bomba, mangsa Mas Asri Wayudi Mas Mashore , 41 ditemui oleh anggotanya yang bertugas 24 jam di Pusat Kawalan Bomba Warf Water Front disini kira-kira 50 meter dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh.
Dalam kejadian yang berlaku pada Rabu lalu, mangsa dikatakan sedang membuang air kecil sebelum terjatuh dan dihanyutkan oleh arus deras.
Baca: Lelaki Dikhuatiri Dihanyut Arus Deras Di Waterfront Sri Aman
Baca: Lelaki Dikhuatiri Dihanyut Arus Deras Di Waterfront Sri Aman
Operasi membawa keluar mayat dari tempat mangsa ditemui telah ditamatkan pada jam 5.30 pagi ini.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak Hospital Sri Aman untuk tindakan selanjutnya.-Sarawakiana
Mayat Lelaki Jatuh Ketika “Lepas Hajat” Di Warf Water Front Sri Aman Ditemui
Reviewed by Unknown
on
March 04, 2016
Rating:

No comments: