Seo Services

Sarawak: Yayasan Ikhlas, I-Medik Dan Syarikat Bina Bumi Bantu Mangsa Banjir


KUCHING: Susulan bencana banjir yang melanda Sarawak baru-baru ini, Yayasan Ikhlas Sarawak, Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) dan Syarikat Bina Bumi menjalankan misi bantuan pasca banjir.

Pengurus Yayasan Ikhlas Sarawak Hafeez Morni berkata misi bantuan anjuran Yayasan Ikhlas dan I-Medik akan dilaksanakan dalam empat peringkat iaitu bermula 26 Feb lepas sehingga 24 April depan.

"Kami akan memberi bantuan seperti beras, barang makanan lain, pakaian dan ubat-ubatan kepada mangsa-mangsa banjir di Sarawak," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Katanya, setakat ini pihaknya telah menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Senah Rayang, Padawan pada 26 Feb lalu.

Pengurus Syarikat Bina Bumi Mohd Ashraf Abdullah berkata syarikat itu telah menghulurkan sumbangan dalam bentuk barang makanan kepada mangsa banjir di Kampung Danu, Padawan.

Katanya sumbangan yang sama akan diberi kepada mangsa banjir di Kampung Semadang pada hujung minggu ini. - BERNAMA
Sarawak: Yayasan Ikhlas, I-Medik Dan Syarikat Bina Bumi Bantu Mangsa Banjir Sarawak: Yayasan Ikhlas, I-Medik Dan Syarikat Bina Bumi Bantu Mangsa Banjir Reviewed by uMieySurianie on March 02, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.