Seo Services

95 Peratus Kemalangan Eskalator Libatkan Kanak-Kanak


KUALA LUMPUR: Sebanyak 95 peratus kejadian kemalangan eskalator di premis perniagaan dan pusat beli-belah melibatkan kanak-kanak di bawah usia 10 tahun.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Datuk Ir. Mohtar Musri berkata, situasi tersebut amat membimbangkan kerana kemalangan itu boleh menyebabkan kematian dan kecederaan kekal kepada kanak-kanak terlibat.

“Mengikut kajian kami, kebanyakan kemalangan yang berlaku tidak melibatkan masalah teknikal eskalator, tetapi lebih kepada kanak-kanak yang bermain-main semasa menggunakan eskalator.

“Oleh itu ibu bapa memainkan peranan penting bagi memastikan keselamatan anak-anak menggunakan eskalator terjamin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kempen Kesedaran Keselamatan Penggunaan Eskalator peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2016 di pusat beli-belah Sunway Putra Mall, di sini hari ini.

- Utusan Malaysia
95 Peratus Kemalangan Eskalator Libatkan Kanak-Kanak 95 Peratus Kemalangan Eskalator Libatkan Kanak-Kanak Reviewed by Unknown on June 28, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.