Seo Services

Apa Yang Terdapat Pada Malam 7 Likor

Bulan Ramadan penuh dengan barakah yang sudah semestinya bulan amalan setiap umat Islam yang mencari keberkatan daripada Ilahi. Di Sarawak sepanjang bulan tersebut, 7 malam terakhir suasananya pasti berubah dimana setiap rumah akan diterang api pelita ataupun api yang berwarna warni.

Pada masa kini tiada lagi aktiviti seperti anak muda pada zaman dahulu sehingga 90'an ketika menyambut malam 7 likor. Aktiviti bertuntong masih lagi kekal sehingga hari ini dan di kampung-kampung pesisir aktiviti bertuntung dimeriahkan lagi dengan membina pintu gerbang yang berasaskan api pelita atau api warna warni daripada tenaga elektrik.

Pada masa dahulu sudah ada pembinaan pintu gerbang sebegini tetapi kebanyakkannya menggunakan api pelita yang diperbuat daripada buluh. Suasana begitu meriah dan anak muda keluar bermain di jalan-jalan ketika itu. Yang menariknya anak muda ketika pada masa itu akan membawa obor atau colop (dalam bahasa Sarawak). Mereka akan berjalan dari satu kampung ke satu kampung dalam satu kumpulan yang terdiri daripada 7-10 orang.

Difahamkan, aktiviti membawa obor atau colop ke kampung lain bertujuan akan berkenalan dengan anak muda daripada kampung lain dan mengeratkan silaturahim. Hal tersebut akan berlanjutan sehingga ke hari raya apabila mereka akan mengadakan kunjungan hari raya dari rumah ke rumah kenalan yang baru yang mereka baru kenal pada malam 7 likor.

Begitulah apa yang terdapat pada malam 7 likor pada masa dahulu dan apabila aktiviti membawa obor dan colop begitu sinonim untuk mendapat kenalan baru dan akhirnya silaturahim bertambah erat. Padamasa kini aktiviti membawa obor atau colop sudah tiada lagi kerana teknologi moden sudah merubah segala-galanya. applikasi whatsapp, wechat, facebook dan sebagainya tempat anak muda masa kini mencari kenalan dengan lebih mudah. 7 likor era kini sudah tidak semeriah 7 likor zaman dahulu.-Sarawakiana
Apa Yang Terdapat Pada Malam 7 Likor Apa Yang Terdapat Pada Malam 7 Likor Reviewed by Unknown on June 28, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.