Ketika umat Islam hendak menunaikan solat, pasti akan kedengaran azan yang merdu menandakan masuknya waktu solat. Setiap kali azan berkumandang, umat Islam akan mengingati bagaimana bermulanya sejarah azan yang dilaungkan dan nama Bilal pasti terpahat dalam jiwa nurani umat Islam yang mendengar laungan azan.
Bilal Bin Rabah begitu sinonim dalam sejarah kehidupan Rasulullah SAW. Beliau adalah Muadzin yang pertama ketika zaman Rasulullah SAW. Sejarah kehidupan Bilal begitu menyedihkan sehingga beliau diseksa macam mana sekalipun beliau tidak akan berpaling daripada Islam. Namun apa yang hendak dicoretkan adalah kisah bilal yang azan buat kali terakhir.
Semenjak Rasulullah SAW wafat, Bilal menyatakan bahawa beliau tidak akan mengumandangkan azan lagi. Ketika Khalifah Abu Bakar memintanya untuk menjadi Muadzin kembali, dengan hati nan pilu dan sendu Bilal berkata :
"Biarkan, aku hanya menjadi Muadzin Rasulullah SAW sahaja,
Rasulullah SAW sudah tiada, maka aku bukan Muadzin siapa-siapa lagi,"
Khalifah Abu Bakar pun tidak dapat menghalang dan mendesak Bilal untuk kembali mengumandangkan azan sebab Bila masih bersedih ditinggalkan wafat Rasulullah SAW dan terus mengendap di hati Bilal. Dan kesedihan itu mendorong Bilal meninggalkan Madinah. Bilal mengikuti rombongan pasukan Fath Islamy menuju Syam dan kemudian beliau menetap di Homs Syria.
Lama Bilal tidak mengunjungi Madinah sampai satu malam Rasulullah SAW hadir dalam mimpi Bilal dan menegur beliau :
" Wahai Bilal, Kenapa engkau tidak mengunjungiku ?
Mengapa sampai seperti ini ?,"
Bilal pun terbangun terperanjat. Dengan segera Bilal mempersiapkan perjalanan ke Madinah untuk menziarahi makam Rasulullah SAW. Sudah sekian lama Bilal meninggalkan Rasulullah SAW.
Setiba di Madinah, Bilal bersedu sedan melepas rasa rindunya kepada Rasulullah SAW pada sang kekasih beliau. Pada ketika itu dua pemuda yang telah beranjak dewasa mendekati Bilal. Kedua anak muda tersebut ialah cucu Rasulullah SAW Hasan dan Husein.
Dengan mata sembab kerana menangs, Bilal yang sudah semakin tua memeluk kedua cucu Rasulullah. Salah seorang di antara cucu Rasulullah SAW bertanya kepada Bilal :
" Pakcik, mahukan Pakcik mengumandang azan skali sahaja untuk kami ?
Kami ingin mengenang Datuk (Rasulullah SAW) kami,"
Ketika itu Umar Bin Khattab telah menjadi Khalifah dan melihat suasana yang begitu mengharukan. Kalifah Umar memohon kepada Bilal untuk mengumandangkan azan walaupun sekali sahaja.
Bilal pun bersetuju dengan permintaan tersebut. Ketika waktu solat hendak tiba, Bilal menaiki tempat yang pernah menjadi tempat beliau melaungkan azan pada waktu dulu ketika Rasulullah SAW masih hidup.
Bilal pun mula mengumandangkan azan. Ketika lafaz Allahu Akbar dikumandangkan oleh Bilal, secara mendadak seluruh Kota Madinah menjadi senyap. Segala aktiviti terhenti dan semua berasa terkejut kerana suara yang sudah bertahun-tahun hilang muncul kembali. Suara yang mengingatkan kepada susuk tubuh nan Agung, Suara yang begitu dirindui oleh umat di Kota Madinah telah kembali.
Ketika Bilal melaungkan Asyhadu an Laa ilaha ilallah, seluruh umat di Kota Madinah berlari ke arah suara itu sambil berteriak dan gadis-gadis yang cantik keluar mendengar suara yang begitu merdu.
Ketika Bilal melaungkan Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah, seluruh isi Kota Madinah meratap menangis dan keadaan begitu memilukan dan menyedihkan. Semua menangis mengingati kenangan bersama Rasulullah SAW dan Khalifah Umar Bin Khattab yang paling menampakkan kesedihan.
Bahkan Bilal sendiri tidak dapat menahan kesedihan. Lidah beliau terasa kelu untuk meneruskan azan. Lidahnya tersekat oleh airmata yang berderai. Pada hari itu Madinah mengenang bersama Rasulullah SAW semasa hayat Baginda.
Dan pada hari itu jugalah azan yang pertama dan terakhir dikumandangkan oleh Bilal semenjak Rasulullah wafat dan selepas itu azan dari Bilal tidak kedengaran lagi.
Kisah tersebut memperingati kita sebagai umat Islam bagaimana utuhnya Bilal menyintai dan menyayangi Rasulullah SAW dan betapa azan yang dikumandang oleh Bilal mampu menyatukan ummah untuk bersatu ke arah kejayaan.-Sarawakiana
Bilal Dan Azan Terakhir
Reviewed by Unknown
on
June 22, 2016
Rating:
No comments: