Kumpulan militan ISIS telah meletupkan dua wartawan dengan menggunakan kamera dan laptop yang diletakkan bom, dalam video propaganda terbaru yang dimuatnaik oleh kumpulan tersebut.
Pembunuhan itu dilakukan di Deiz Ezzor,Syria. Salah seorang daripada wartawan berkenaan telah diikat di besi dengan kamera digantung di lehernya sebelum peranti bom di dalam kamera itu diletupkan.
Manakala seorang lagi wartawan juga melalui hukuman yang sama, bezanya kali ini peranti bom dalam laptop telah diletupkan.
Turut dibunuh ialah dua lagi aktivis media yang dijerut di leher dan seorang lagi dikelar di leher dengan benda tajam.
Semua wartawan berkenaan diculik pada bulan Oktober lalu dan mereka dipercayai dibunuh dengan kejam pada Disember lalu ketika membuat liputan di Deir el-Zour, iaitu salah satu kawasan di bawah kawalan ISIS.
Meskipun pembunuhan itu sudah beberapa bulan dilaksanakan namun badan pemantau kemanusiaan di Britain hanya mendedahkannya ketika ini kerana tidak menemui mayat mereka.
Dalam masa sama keluarga mangsa juga bimbang akan menerima balasan daripada kumpulan militan tersebut.
ISIS Guna Kamera & Laptop Letupkan Wartawan
Reviewed by Unknown
on
June 28, 2016
Rating:
No comments: