Kuching : Promosi jualan palsu sempena Aidilfitri di pasar raya utama dan bazar di negeri ini akan giat dipantau oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak menurut Pengarahnya Datuk Stanley Tan.
Beliau berkata, setakat semalam, walaupun pihaknya belum menerima aduan berhubung promosi palsu namun langkah pencegahan awal perlu diambil.
“KPDNKK Sarawak sehingga hari ini (semalam) tiada menerima aduan mengenai promosi palsu tetapi kita tetap melakukan pemantauan dari semasa ke semasa.
“Bukan itu sahaja, pada musim perayaan kita meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan bukan sahaja terhadp kempen jualan murah tetapi menyeluruh,” katanya.
Menurutnya lagi, pemantauan dan penguatkuasaan tersebut penting bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan ke atas pengguna.
Sehubungan itu beliau menasihati pengguna agar berbelanja secara berhemat bagi mengelak mereka daripada tertipu dengan ‘gimik’ jualan promosi atau jualan murah yang banyak diadakan ketika ini. - Sarawakiana
Promosi Jualan Palsu Aildilfitri Dipantau - KPDNKK
Reviewed by Unknown
on
June 30, 2016
Rating:
No comments: