Seo Services

Statistik Kemalangan Jalanraya Di Sarawak Meningkat

KOTA SAMARAHAN : Lima bulan pertama tahun 2016 statistik kemalangan jalanraya di Sarawak meningkat sebanyak 7.84 peratus.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor bercakap pada sidang media ketika melancarkan OP Selamat 9/2016 di pusat membeli belah terkemuka di sini, semalam berkata, jumlah kemalangan yang melibatkan kematian meningkat daripada 175 kes kepada 191 kes meliputi 16 kes bersamaan 9.14 peratus.

"Hal sebegini mengkhuatirkan pihak kita sekiranya pendekatan atau statistik ini terus meningkat saban tahun maka pendekatan kita dalam OP selama ini terpaksa diteruskan untuk menerapkan sikap berhati-hati di jalanraya," katanya.

"Bagi pihak PDRM berharap dapat mengurangkan khususnya semasa OP selamat ini kemalangan jalanraya terutama melibatkan kemalangan maut," jelasnya.

Beliau turut menasihati pengguna jalanraya supaya jangan cuai serta memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik. Pengguna jalanraya juga dinasihati agar cukup rehat dan merancang perjalan terlebih dahulu.

Hadir sama ADUN Sadong Jaya Aidel Lariwoo, Pengurusan pusat membeli-belah Summer Mall dan Ketua-Ketua masyarakat sekitar Kota Samarahan . - Sarawakiana
Statistik Kemalangan Jalanraya Di Sarawak Meningkat Statistik Kemalangan Jalanraya Di Sarawak Meningkat Reviewed by Unknown on June 30, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.