Seo Services

ADUN Ikrar Jaga Kepentingan Masyarakat Penan Di Murum

BELAGA, 25 Sept (Bernama) -- Pelaksanaan projek empangan kuasa hidroelektrik (HEP) Murum tidak akan berjaya tanpa kerjasama baik semua pihak khususnya masyarakat Penan di kawasan itu, kata Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan (Pengangkutan Sungai dan Keselamatan) Sarawak Liwan Lagang.

Sambil memberi jaminan bahawa kepentingan masyarakat Penan akan terus dijaga, katanya beliau selaku Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga dan ADUN Murum Kennedy Chuk Pai Ugon telah merangka strategi untuk mengubah kehidupan masyarakat berkenaan yang terlibat dengan HEP Murum.

Katanya Sarawak Energy Berhad (SEB) yang turut memainkan peranan penting dalam pembinaan HEP Murum turut merancang penganjuran pelbagai aktiviti kebudayaan masyarakat Penan bagi memastikan adat resam masyarakat itu tidak ditelan zaman dan terus dihargai generasi akan datang.

Bagi memberi ruang bagi pelaksanaan HEP Murum, masyarakat Penan di kawasan itu dipindahkan ke dua kawasan penempatan semula iaitu di Tegulang dan Metalum, kata kepada pemberita ketika ditemui pada program Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (MCTC) di sini, Ahad.

Pesta Batu Tungun, upacara keagamaan dan pemujaan masyarakat Penan pada batu dianggap suci iaitu Batu Tungun, akan diadakan Isnin sebelum perasmian HEP Murum milik SEB yang dijadual disempurnakan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud pada keesokkannya (Selasa).

HEP Murum membekalkan tenaga elektrik sehingga 944 megawatt merupakan projek tenaga hidroelektrik pertama di negeri ini yang dibina di bawah Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) bagi menjana kuasa untuk keperluan pelabur terutama di kawasan Taman Perindstrian Samalaju.

Sementara itu, Chuk berkata HEP Murum bakal mentransformasikan kawasan pedalaman serta masyarakat Penan di Murum.

"Saya percaya dengan terbinanya empangan ini pembangunan akan dapat dirasai oleh masyarakat kita di Murum terutamanya Penan yang jauh ketinggalan. Wujudnya HEP Murum ini sekaligus mewujudkan jaringan jalan raya yang baik.

"Pada hari ini kita melihat di kawasan Murum, Tegulang dan Metalum sudah dibangunkan dengan pembinaan penempatan yang baik daripada apa yang ada sebelum ini," katanya. -- BERNAMA
ADUN Ikrar Jaga Kepentingan Masyarakat Penan Di Murum ADUN Ikrar Jaga Kepentingan Masyarakat Penan Di Murum Reviewed by Admin on September 26, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.