Seo Services

Dakwaan Safee Sali Meninggal Dunia Palsu



Dakwaan kononnya pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) Safee Sali meninggal dunia adalah tidak benar.

Perkara ini disahkan menerusi akaun Twitter rasmi Johor Southern Tigers yang dimuat naik pada jam 4.23 petang tadi untuk menjelaskan keadaan sebenar.

“Khabar angin yang mengatakan bahawa pemain JDT, Safee Sali meninggal dunia adalah tidak benar,” kata kenyataan itu.


Terdahulu, paparan skrin yang mengatakan pemain JDT berusia 32 tahun itu telah meninggal dunia viral di media sosial, termasuk WhatsApp.

Berita itu kononnya terbitan sebuah akhbar tempatan yang kongsi berita itu di laman Facebook mereka.-awani
Dakwaan Safee Sali Meninggal Dunia Palsu Dakwaan Safee Sali Meninggal Dunia Palsu Reviewed by Unknown on September 26, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.