MEXICO - Seramai 31 orang krew terpaksa berdepan detik mencemaskan apabila kapal tangki yang dinaiki mereka terbakar.
Satu paparan imej dramatik telah menunjukkan sebuah bot tunda hadir bagi menghulurkan bantuan dengan menggunakan meriam air untuk memadamkan api kebakaran pada kapal tangki tersebut.
Difahamkan, kapal tangki milik Pemex tersebut akhirnya berjaya diselamatkan malah syarikat terbabit turut menjelaskan melalui satu kenyataan bahawa tiada sebarang keperluan bagi penduduk tempatan untuk merasa bimbang tentang sebarang kerosakan ekoran daripada kejadian itu.
Namun begitu, punca kejadian kebakaran berkenaan masih belum diketahui.
Dalam pada itu, kebakaran kapal tangki berkenaan bukannya merupakan kejadian pertama berlaku membabitkan syarikat tersebut malah sebelum ini mereka pernah bergelut dengan beberapa isu keselamatan.
Pada April lalu, lebih daripada 30 orang dilaporkan maut manakala berpuluh yang lain cedera dalam satu kejadian letupan di sebuah kilang yang dimiliki bersama oleh Pemex.
Malah pada tahun 2013 lalu, sekurang-kurangnya 37 orang telah terbunuh dalam satu kejadian letupan di ibu pejabat syarikat tersebut manakala 26 mangsa lain turut maut dalam kejadian kebakaran di kemudahan gas asli Pemex pada 2012.
Pada tahun lalu juga, satu kejadian di platform Pemex telah dilaporkan berlaku di Teluk Campeche sehingga menelan kos syarikat sehingga £600 juta pound British (RM3209.88 juta). - Daily Star
Krew berdepan detik cemas, kapal tangki terbakar
Reviewed by uMieySurianie
on
September 25, 2016
Rating:

No comments: