Seri Iskandar : Kontinjen Sarawak muncul juara Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) 2016 selepas mengungguli dua kategori utama iaitu terbuka dan NRC Football yang berlangsung di Universiti Teknologi Petronas (UTP) Seri Iskandar di sini, hari ini.
Kemenangan itu membolehkan pasukan berkenaan mewakili negara ke World Robotic World Robot Olympiad (WRO) 2016 di New Delhi, India, pada 25 hingga 27 November ini.
Program NRC anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Sasbadi Holdings Berhad dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak menyaksikan penyertaan 187 pasukan sekolah rendah dan menengah dari seluruh negara sejak Jumaat lalu.
Pengarah Bahagian Sukan KPM, Dr N Mehander Singh yang mewakili Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof, hadir menyampaikan sijil dan Piala Menteri Pendidikan di Dewan Canselor UTP hari ini.
Dalam teks ucapan dibacakan Mehander, Khair berkata, program robotik seperti NRC berkesan menarik minat pelajar terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan membantu mereka membina kemahiran penting yang diperlukan dalam abad ke-21 ini.
"Kemahiran berfikir adalah contoh kemahiran penting untuk pelajar bersaing dan cemerlang di peringkat global.- metro
Sarawak Juara Robotik Negara
Reviewed by uMieySurianie
on
September 25, 2016
Rating:

No comments: