Masak didik adalah sebutan dalam bahasa Melayu Sarawak manakala Bahasa Malaysia ialah masak rebus. Masak didik memang terkenal dikalangan masyarakat Melayu dan Melanau di Sarawak.
,Lauk yang sesuai untuk dijadikan menu masak didik ialah hasil tangkapan laut yang segar, ini kerana struktur tubuh hasil laut masih lembut dan segar.
Masak didik tidak memerlukan rempah ratus yang begitu banyak. Hanya bawang merah, bawang putih, dan serai digunakan. Ada yang menambah asam keping atau asam paya sebagai perasa masam dalam masakan didik.
Cara masakan ini dihasilkan dengan mendidihkan air terlebih dahulu. Bahan-bahan seperti bawang putih dan merah akan ditumbuk terlebih dahulu. Jika inginkan rasa yang pedas, cili akan ditumbuk sekali dengan bawang merah dan putih.
Serai akan dipukul isi hujungnya dan lebihkan serai jika ingin melazatkan lagi masakan. Kesemua bahan tersebut akan diletakkan ke dalam air yang mendidih sehingga bau aroma naik.
Kemudian ikan, udang dan hasil laut yang lain di masukkan kedalam air mendidih tersebut. Barulah ditambah garam sebagai perisa. Tabur serbuk lada bagi menambah kepedasan masakan didik.
Masakan ini tidak memerlukan masa yang begitu lama kerana jika bahan seperti ikan atau hasil laut sudah diletak, ia hanya memerlukan masa tiga hingga lima minit untuk masak.
Hidangkan bersama nasi putih dan lebih menyelerakan lagi jika dimakan beserta ulam pucuk jampang bersama sambal belacan yang digaul bersama isi kelapa parut. Memang menyelerakan.-Sarawakiana
Masak Didik Versi Sarawak
Reviewed by Unknown
on
September 22, 2016
Rating:

No comments: