KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata isu kos pengangkutan untuk membawa baja, racun dan jentera pertanian dari semenanjung ke Sarawak serta kawasan pendalaman merupakan satu isu yang sering diusulkan sejak dahulu.
“Kita cukup sedar bahawa isu pengangkutan kepada beberapa kawasan yang jauh memang satu isu berat yang harus difikirkan.
"Malah perkara tersebut telah dibentangkan oleh Pengerusi Pertubuhan Peladang Sarawak, Datuk Sylvester Entri Muram," ujarnya.
"Malah perkara tersebut telah dibentangkan oleh Pengerusi Pertubuhan Peladang Sarawak, Datuk Sylvester Entri Muram," ujarnya.
Beliau yang juga Menteri Permodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar menjelaskan tujuannya adalah untuk menyelaraskan harga import pertaniaan di seluruh Sarawak dengan harga yang sama.
Selain itu, katanya usul lain dibentangkan ialah untuk meminta pengecualian Pekebun-pekebun Kecil (PPK) daripada cukai tanah sebanyak 50 peratus.
Menurutnya, pengecualian ini adalah untuk PPK tanpa sah sahaja tidak merangkumi syarikat kelapa sawit yang sah.
“PPK kelapa sawit yang di maksudkan ialah mereka yang mepunyai tanah yang berkeluasan kurang dari satu hektar,” ujarnya.
Tambahnya ianya bertujuan untuk meringankan bebanan kepada PPK dan dapat menstabilkan pendapatan mereka.
“Kita juga memikirkan bagaimana hendak memajukan petani dan untuk mentrasformasikan ekonomi luar bandar serta mengkaji dan menerima segala permohonan petani yang lain,”katanya.
Selain itu, beliau berkata Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem telah mengarahkan agar mengadakan satu transformasi untuk kegiatan pertanian di Sarawak.
“Oleh itu sekarang kita sedang mentransformasikan kegiatan pertaniaan dan ekonomi luar bandar di negeri ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Tahunan Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) di sini sebentar tadi.
Pada majlis yang sama, beliau telah menyampaikan aplika cek daripada PPNK kepada Pertubuhan Peladang Kawasan berjumlah RM 174,359 dan Kumpulan Wang Kebajikan berjumlah Rm84,000. – Sarawakiana
Peladang Mahu Kos Pengangkutan Diselaraskan
Reviewed by uMieySurianie
on
September 26, 2016
Rating:

No comments: