![]() |
Gambar Hiasan |
KUCHING: Seorang lagi penunggang motosikal berkuasa tinggi maut dalam kejadian yang berlaku di Jalan Kampung Kerian, Padawan sekitar jam 2.50 petang semalam.
Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Loh Sip Seng berusia 53 tahun.
Sarawakvoice melaporkan, mangsa merupakan peserta Samarahan Bike Fest 2016 menunggang motosikal Kawasaki ER6.
Timbalan Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, DSP Alexson Naga berkata, kejadian tersebut dilaporkan anak mangsa sekitar jam 10.30 malam tadi.
"Bagaimanapun mangsa menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan," katanya.
Alexson menjelaskan, pihaknya masih mengumpul maklumat berhubung insiden tersebut dan puncanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-Sarawakiana
Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut Kemalangan Jalan Raya Di Padawan
Reviewed by Unknown
on
September 26, 2016
Rating:

No comments: